Monday, October 26, 2009

Apa nak jadi dengan Melayu?

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang


Tulisan ku hari ini, banyak perkara yang ingin ku sampaikan dalam lapangan ini. Pelbagai perkara yang harus diperbetulkan sebagai Anak Melayu dalam negeri ini, Perak Darul Ridzuan. Sebagai anak kelahiran Perak sudah tentulah aku amat terpanggil untuk menyahut seruan mempertahankannya jika terusik benak ku.

Selepas Barisan Nasional kembali bertapak di negeri Perak pada penghujung 2008 lalu, Perak tak ubah seperti tepak perak yang bersinar semula, bagaikan bartu bergilap dengan “brasso”. Sinarnya gemilang menembusi mata yang sebelumnya kuyu tidak bermaya. Sembilan bulan yang lalu, ibarat rumah hendak dibina itu, tak siap-siap. Kerana sengketa dikalangan “sidang bodoh”.


Hari ini Kanjeng terasa teruja untuk meluahkan. Sebelum itu, “Wahai anak Melayu Perak, Jangan kamu lupa asal usul kamu. Jangan kamu berlengah menegapkan tiang yang kukuh. Rumah kita mereka nak goyangkan. Pasakkan kukuh perjuangan kita yang di asuh oleh nenek moyang kita untuk mempertahan kan bangsa kita, Melayu… Jangan kita membodohkan diri mengikut perjuangan yang sia sia.


Saya terima dari seorang kawan yang saya temui (tak payah lah saya nak bagi tau namanya), memberikan risalah yang mengajak kita merosakkan keharmonian sidang DUN yang akan berlangsung pada 28 Oktober nanti. Dalam risalah itu, menyatakan dengan jelas bahawa persidangan itu dianjurkan oleh Kerajaan Haram Barisan Nasional.


Saya bertanya pada diri, Kerajaan Perak yang di pimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional pada harti ini, benarkah haram?. Sepanjang pengetahuan saya, Kerajaan ini sah. Bukan Bohongan. Sedangkan untuk mengadakan sidang DUN itu, adalah hak mutlak Sultan Perak yang memerintah negeri. Kuasa Speaker hanya sebagai Pengerusi Sidang dan menentukan perjalanan sidang yang benar-benar memberikan kesejahteraan rakyat dalam Negeri. Kuasa Speaker atau Pengerusi Sidang hanya setakat itu sahaja. Perlaksanaan yang di putuskan dilaksanakan oleh Jabatan dalam negeri dan dengan bantuan Agensi dan Jabatan Persekutuan Malaysia.


Risalah ini sudah jadi surat “Gila” yang harus kita buang atau musnahkan. Allah telah meletakkan manusia untuk memakmurkan bumi ini. Risalah itu jelas bermaksud jahat dan busuk. Tambahan lagi Logo diatasnya hanya dari dua Parti Pembangkang yang mempunyai niat yang busuk. Satu parti orang Melayu yang dikatakan berlandaskan Islam manakala satu lagi parti orang Kafir yang selamanya menolak Islam dan tidak akan berketuakan orang Islam.


Sedarlah wahai mereka yang telah menerima risalah ini. Jangan kita ikut mereka yang cuba menghancurkan. Ikut lah jalan yang benar. Jika anda melaksanakan perjuangan mereka anda adalah penghancur Ummah. Orang yang menghancurkan kemakmuran yang dikecapi hari ini adalah orang yang tidak bersyukur.


Mereka kata pihak atasan PR telah bersetuju sebulat suara untuk menjayakan hasrat busuk mereka itu pada 28 haribulan Oktober ini. Sedangkan baru tadi saya mendengar berita TV dan telah menyatakan bahawa PAS sudah mula berkocak dan tidak mempercayai antara satu sama Datuk Nik Aziz nak buat sidang tergempar nak adili Hadi, Nasharuddin, Mustafa Ali, dan Hassan Ali.


Wahai Nizar dan orang PAS lihat lah dahulu tepi kain mu yang bercalit dengan taik. Jangan rosakkan perpaduan dan orang Melayu. Usahkan nak berkata nak bersembahyang pun tak boleh pakai kain tu... sebabnya bernajis.


Orang melayu yang ku kasihi, marilah kita tentang semua yang salah itu. Jangan ikut hati nanti mati. Fikirlah dengan akal yang bijaksana. Kembali lah kita bertaut. Fikirkan lah nasib bangsa kita yang di perlekehkan. Kita mesti bersatu.

Friday, October 23, 2009

RANCANGAN PENDERHAKA BANGSA DAN AGAMA

Melihat dirinya (Niza) semakin kurang sokongan Rakyat yang dicacaikan, Dia merancang KONVOI PENDERHAKA BANGSA menghasut dan membayar RAKYAT supaya menyertainya semata-mata niat busuk haloba kuasa apatah lagi bila tergamam melihat kehadiran 70 ribu RAKYAT PERAK di Stadium Ipoh yang datang dari seluruh pelusuk bumi Perak memberi sokongan kepada Dr Zambry selaku Menteri Besar dan Perdana Menteri ahad lalu. Lebih licik lagi Konvoi Penderhaka itu berselindung kononnya Program PELANCARAN PEMUDA PR yang akan diadakan pagi sabtu ini (24,20.09). Peserta Konvoi juga akan dibayar serta di import bagi memastikan kehadiran tidak mengecewakan atau dilihat gagal menandingi Konvoi Suara Rayat DAULAT TUANKU yang mendapat sambutan beribu peserta walaupun diadakan dibulan puasa.

Seperti kebetulan atau perancangan senyap bila sebelum ini ramai blog-blog sebelum ini ada mengatakan si Nuar ke Amerika mencari dana dan sekembalinya tetiba Konvoi Penderhaka Bangsa rancangan niza terus diadakan, bayangkan berapa puluhan atau mungkin ratusan ribu ringgit mampu diadakan walaupun rakyat semua maklum tetapi menjadi tanda tanya memikirkan dari mana datangnya dana sedangkan sebelas bulan PR memerintah diketuai PAS lansung tidak ada satu pun Sekolah Thafiz yang dibantu oleh walaupun KONONNYA ISLAM YANG DIPERJUANGKAN, jauh sekali kalau nak dikira seperti Kelantan yang mengharamkan kedai Judi atau Nombor Ekor di sini makin bertambah jadinya. Itu belum pelbagai janji termasuk membantu pelajar atau mahasiswa yang sehingga kini dongeng niza sudahpun dilupakan rakyat yang bosan dengan ‘Cakap Tak Serupa Bikin nya’. Berbeza kerajaan Negeri Perak sekarang dibawah pimpinan Dr Zambry, walaupun dalam tempoh lapan bulan sebanyak 9.5juta telahpun disalurkan untuk Derma Siswa tanpa mengira sebarang parti kepada anak Rakyat Perak yang berhak dibantu.

Delima dana semakin terjawab bila khabarnya KONVOI PENDERHAKA BANGSA yang bermula seawal 8pagi di Stadium Perak akan menuju dan berhimpun semula di DEWAN TOKONG HOCK KEONG di Lumut sebelum ke Pangkor. Yang Peliknya kenapa di tokong kenapa tak di masjid… atau terpaksa mengikut penaja yang kita tahu kubu kuat NgaNgeh. Mungkin disana akan di Brainwash oleh ustad ngangeh kot… isk…isk…isk… surah apa pulak yang akan dibacakan ustad Kafir Harbi yang telah ditauliahkan Niza dan PAS sebagai taraf Ularmak. Dalam senarai jemputan tertera Shamsul iskandar MD Akin (pkr), Nasarudin Hassan Tantawi (PAS) dan Loke Siew Fook (DAP). Betul ker Rakyat berbilang Bangsa berkonvoi nya? Ada ker Cina dan India akan turut membonceng?

Seperkara lagi dari kita tentu cukup maklum bila Pas & Pakatan Rakyat yang paling pelik atau menguasai ilmu kira-kira atau matematik yang amat berbeza dengan yang manusia di bumi gunakan, mana tak nya setiap kali dia mengira tak kan sama dengan manusia di bumi. Teringat juga bila Pakatan rakyat berhimpun pada majlis maki memaki di stadium perak selepas disytihar memerintah Perak. Kehadiran seramai 15ribu orang dia kata 100ribu orang. Teman sendiri hadir untuk tengok seramai mana yang hadir walaupun agak terkejut bila begitu ramai kawan-kawan teman juga hadir menyelinap menyamar kerana mahu melihat kehadiran majlis tersebut yang sebenarnya diimport menaiki puluhan bas dari Selanggor, Kelantan, Kedah, Penang dan sekelumit dari Perak sendiri, jadi tak heran ler kali ini mereka akan kata puluhan ribu yang hadir walaupun sebenarnya tak sampai seribu pun yang hadir…. Dosa lebai kalau menipu, tak baik menipu ni, tambah lagi menipu Rakyat sendiri, memang HARAM JADAH!

Petikan http://sekupangduas.blogspot.com/

KOMEN PENULIS :
Kita mungkin merasa teruja dengan ketokohan orang seperti itu. Tetapi percayalah seketika ini ianya tambah meluat dihati ini. Ibarat setinggi ilmu yang diberikan melaksanakannya ke arah yang memburukkan perpaduan bangsa kita. Melayu sebenarnya menjaga Melayu. Bukannya Melayu yang bersengkongkol dengan bangsa lain untuk meruntuhkan rumah bangsanya yang telah dibina.
Meruntuhkan apa yang kita ada, ianya adalah perbuatan haram kerana ianya tergolong dengan golongan yang membazir. Siapa kah yang mereka yang suka membazir? Mereka adalah golongan ekstremis yang sebenarnya bersengkongkol dengan Syaitan.
"Mereka yang membazir adalah sahabat Syaitan" Maksud Hadith