Tuesday, July 28, 2009

keangkuhan, buta hati dan tidak berkemampuan kawal diri III




Baru baru ini gempar satu Malaysia, berlaku di Malaysia sebenarnya dah banyak kali. Banyak laporan akhbar melaporkan kes kes bunuh diri dari tempat tinggi. Sebenarnya kes sebegini telah lama berlaku. Kes Mat Jenin yang jatuh dari pokok kelapa dan mati juga menjadi dongengan yang diceritakan dari mulut ke mulut sampailah zaman ini.

Kes baru baru ini juga satu kejutan jatuh dari tempat tinggi juga tetapi melibatkan seorang Pembantu Exco Kerajaan Negeri Selangor kerana disiasat berkaitan dengan Rasuah oleh seorang Exco Kerajaan negeri Selangor. Kes ini masih menjadi siasatan oleh Polis Di Raja Malaysia. Lepas ini kerajaan Malaysia telah menubuhkan Satu Suruhajaya Di raja. Oleh itu, Tak perlu lah kita buat pelbagai prasangka dalam kes ini. Kita pun jangan buat ikut kata pembangkang yang sememang telah menjadi adat untuk menutup kebenaran.

Saya amat yakin dengan tindakan Polis Di Raja Malaysia yang mendapat kepercayaan dunia ditempat ke tiga. Biarlah mereka menjalankan tugas mereka dengan semangat mencari kebenaran itu. Jangan kita ganggu mereka. Jika Dunia yang mempunyai lebih jutaan Negara besar dan kecil boleh percaya dengan meletakkan kecekapan Polis DiRaja Malaysia di tempat ketiga boleh diyakini.

Kita tidak mempunyai bukti untuk mengaitkan kes ini dengan kepakaran kita. Sehingga kini saya mendapat tahu pihak Polis DiRaja Malaysia telah pun menahan mereka yang sedang disiasat lebih 30 orang semua. Apa lagi yang hendak dipermainkan lagi politik pembangkang???. Jangan jadi Juara yang menangguk di ayer keruh.

Kalau dulu, saya yakin sekurang-kurangnya dapat juga anak ikan seluang atau ikan lampam kerana sungai kita masih bersih dan tidak tercemar. Sekarang ini kalau salah gaya dapat lah Plastik minuman atau baik sikit dapat juga tin Aluminium yang boleh juga di jual. Boleh juga buat untuk menanggung anak isteri di rumah.

Dalam keadaan ini, ada juga kesempatan orang yang tidak pernah bersyukur seperti Bekas Menteri Besar Perak, DSNJ (tak payah sebut nama) yang turut sama memasang lilin untuk menjadikan dirinya juga orang politik yang menyokong dan bersimpati dengan kes tersebut.

Bagaimanakah seorang ahli Politik pembangkang ini sanggup buat begitu? Adakah dia sudah lupa janji nya sebagai seorang Islam. Yang mengakui bahawa Allah itu tuhan bagi Orang Islam yang beragama Islam. Dimanakah letaknya nilai seorang manusia yang diangkat oleh rakyat yang tidak menilaikan buruk dan baik perbuatan nya. Di manakah asas dirinya?. Wahai orang orang Pas, bangunlah dari mimpi semalam yang membuat anda mengigau disiang hari. Saya akui UMNO hari ini bukan lah UMNO yang ada terdahulu yang saya kenal. Tetapi rentetan nya telah saya lihat dari tahun ke tahun selepas saya mula menjejakkan diri dalam politik sebuah parti.

Jika Pemimpin UMNO hari ini tidak berubah untuk kembali menilai diri dan meletak UMNO sebagai pertubuhan Melayu yang membawa wadah bangsa Melayu yang bermaruah dan bermartabat tinggi di bumi Malaysia ini. Lebih menyedihkan PRU ke 13 kelak hanya 24 bulan lebih kurang akan lebih menampakkan hasil lebih buruk kepada pemerintahan negara.


UMNO Bahagian sepatutnya sudah mula bergerak di semua cawangan dengan memastikan struktur cawangan lebih jitu. Jangan menambahkan lagi kegusaran di hati masyarakat Melayu. Kita mesti bersatu dalam satu rumpun yang membuatkan bangsa lain cuak dan takut melihat kita.

Wednesday, July 15, 2009

keangkuhan, buta hati dan tidak berkemampuan kawal diri II

Hari ini saya terpanggil lagi untuk bersama dengan rakan-rakan Motivator, Fasilitator, atau mentor atau pun bentur atau apa saja la nak di katakan; bagi mengintai pertanggungjawaban kumpulan profesional dalam sebuah Jabatan Kerajaan. Kebanyakan Mereka baru sahaja di lantik ke Jabatan tersebut. Saya di fahamkan bahawa Jabatan tersebut amat memerlukan kumpulan anggota yang sebenar-benarnya adalah mereka yang berwawasan bagi memperkukuhkan kerajaan Melayu yang majmuk dengan bangsa lain, berkeupayaan menjana kekuatan jati diri bangsa Melayu yang setia dengan susunan hiraki pentadbiran bangsa yang sudah lama dipersetujui semasa "Jus Soli" di meterai, berketrampilan untuk terus memimpin bangsa demi Agama, bangsa dan tanahair, mempunyai pendekatan yang amat profesional dan berdaya juang yang tinggi demi bangsa yang bernama Melayu.
Persoalannya, apakah mampu segala cita yang di bina dari asas perjuangan nenek moyang terdahulu dapat kita canaikan generasi masakini untuk terus menyimpan semangat itu dalam perjuangan Alaf ini.
Segala akan terjawab secara lebih terbukti dengan proses dan penetasan ide ide dalam minda yang mencernanya selepas sessi itu. Doa dan harapan kita dapat memperlihatkan pegawai profesional yang amanah dalam tugasnya, bersemangat bangsa yang tulin, berkeupayaan menangkis anasir kejam yang cuba menghancurkan dan mempersembahkan lenggok silat dalam lembut gemalai seni bangsa yang menyergah serta mengecutkan jiwa lain yang cuba menggugat kekentalan ukhwah dan bangsa yang bermartabat ini.
Kita mengharapkan kejayaan itu akan memberikan hasil yang baik dan bermakna, mempunyai nilai yang lebih ampuh serta bermaklumat dan berkemahiran yang menjangkaui masa (Up to dated) juga nilai tambah yang akan menjadi idola atau ikutan kepada generasi yang mengambil tampok yang kita duduk pada masa ini.

Apa pun jua yang penting!!!!!
Kepercayaan dan keyakinan kita kepada pemimpin kita yang se Agama (orang Melayu Islam yakin kepada orang melayu Islam)
Kesetiaan dan menghormati sejujurnya kepada susur galur kerajaan Kita (Raja dan Negara). Jika tidak ada negara di mana kah kita.
Menjaga kehormatan dan akur dengan peraturan yang di susun oleh nenek moyang kita untuk menentukan hak kita sebagai bangsa yang menjadi tuan kepada Negara ini,
Mendaulatkan undang undang kita sendiri.
Memperkukuhkan nilai diri bangsa Melayu.

Kita wajib menghargai nilai yang sudah di akui oleh ketuanan kita. Jadilah Melayu yang bijaksana, memegang tali memegang timba. menikmati hasil bangsa sendiri.

Thursday, July 2, 2009

keangkuhan, buta hati dan tidak berkemampuan kawal diri

Hari ini, 3 Julai 2009 , Saya baru saja balik dari Melaka kerana menghadiri bengkel bagi melaksanakan sebuah program latihan yang akan di laksanakan tidak lama lagi. Dalam bengkel tersebut saya dan seramai rakan yang turut sama di berikan amanah untuk membantu mereka yang akan menjawat jawatan dalam pentadbiran KEMAS agar lebih berketrampilan sebagai anak Melayu yang sayang kepada watan dan nusa Melayu itu. Dalam 2 hari di sana pelbagai isu yang saya dengar dari rakan rakan kerana memperlihatkan tentang kelemahan semangat kekitaan dan semangat bangsa Melayu itu sendiri.



Memang lah, sistem pendidikan kita terbaik di rantau dunia ini, namun, itu yang tersurat tetapi yang tersiratnya; kita orang Melayu harus menjadi orang Melayu, bersemangat Melayu dan tidak ada pihak lain yang menjadi ikutan.




Dikalangan mereka yang menjawat sebagai kakitangan kerajaan seolah-olah sudah lupa dengan asal wujudnya diri Melayu. Melayu bukan hanya di sebut bin sahaja tetapi "bin" itu hanya pernyataan sebagai Islam. Melayu sebenarnya terletak pada namanya yang unik seperti "Ali" atau "ahmad" atau "muhammad" atau apa juga yang lain yang sememang nya Melayu akan sayang serta menghayati kemelayuan itu sendiri.




Melayu adalah yang jitu hatinya mempertahan kan dan membangunkan Melayu itu sendiri. Melayu sebenar sentiasa mempertahankan Melayu tanpa ada imbuhan atau balasan. Lihat lah pepatah kita menyebutkan "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". "Biar lambat asal selamat" malah banyak lagi pepatah yang menyatakan bahawa Melayu sebenarnya bukan mengharapkan balasan.




Saya tidak pulak menidakkan bahawa balasan itu suatu kemestian, tetapi jika ianya ada sedekah hasil dari usaha yang pernah kita curahkan untuk mereka yang memberi adalah lebih baik dari menadah tangan dengan memohon belas ehsan tanpa ada usaha daripada kita sendiri.




saya berhenti seketika untuk renungan anda kerana kekangan tugas. Insyallah kita akan bertemu lagi selepas ini.