Memang lah, sistem pendidikan kita terbaik di rantau dunia ini, namun, itu yang
tersurat tetapi yang tersiratnya; kita orang Melayu harus menjadi orang Melayu, bersemangat Melayu dan tidak ada pihak lain yang menjadi ikutan.

Dikalangan mereka yang menjawat sebagai kakitangan kerajaan seolah-olah sudah lupa dengan asal wujudnya diri Melayu. Melayu bukan hanya di sebut bin sahaja tetapi "bin" itu hanya pernyataan sebagai Islam. Melayu sebenarnya terletak pada namanya yang unik seperti "Ali" atau "ahmad" atau "muhammad" atau apa juga yang lain yang sememang nya Melayu akan sayang serta menghayati kemelayuan itu sendiri.
Melayu adalah yang jitu hatinya mempertahan kan dan membangunkan Melayu itu sendiri. Melayu sebenar sentiasa mempertahankan Melayu tanpa ada imbuhan atau balasan. Lihat lah pepatah kita menyebutkan "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". "Biar lambat asal selamat" malah banyak lagi pepatah yang menyatakan bahawa Melayu sebenarnya bukan mengharapkan balasan.
Saya tidak pulak menidakkan bahawa balasan itu suatu kemestian, tetapi jika ianya ada sedekah hasil dari usaha yang pernah kita curahkan untuk mereka yang memberi adalah lebih baik dari menadah tangan dengan memohon belas ehsan tanpa ada usaha daripada kita sendiri.
saya berhenti seketika untuk renungan anda kerana kekangan tugas. Insyallah kita akan bertemu lagi selepas ini.
No comments:
Post a Comment