Sunday, June 21, 2009

Orang Melayu: Kita yang bersengketa siapa pula yang untung?

Saya amat terasa bila melihat Melayu sesama Melayu berperang tapi... yang untungnya meraka yang tahu mengambil untung. agaknya orang Melayu sendiri sudah hilang pertimbangan untuk mempertahankan bangsanya.
Saya melihat seorang Pemimpin Melayu dari Aliran lain yang menjadi Ahli Parlimen di sebuah kawasan Parlimen yang pernah saya bantu untuk memasti Calon Barisan Nasional menang, tetapi dengan sikapnya yang dah hilang semangat Melayu disokong pula oleh orang cina yang sudah merasakan kesenangan atas keceluparan manusia ini dipentas politik. Begitulah mereka yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang di kurniakan Allah kepada nya.
Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin, sebenarnya adalah orang Melayu, tetapi salasilahnya asal dari kawin campur antara Ibunya berketurunan Cina dan ayahnya bekas seorang Pemimpin UMNO dan bekas Ketua Kampung. Saya amat bangga seorang anak orang Melayu sepertinya (walaupun separuh Melayu) kerana berjaya dalam pelajaran yang di asuh oleh UMNO dan Barisan Nasional. Yang salah nya kerana masuk politik salah jadi semua bermasalah.
Bila dah duduk jadi MB, yang mewakili parti yang menang sikit nak lawan parti yang menang banyak kena twist sikit terpelecok le kaki tu. tak payah orang nak sepak atau tahan kaki nak suruh jatuh terseradung. Bila dah tak betul niat tu, maka keadaan lah yang menentukan. Kita berserah kepada Allah SWT. Bila sokongan dah tak cukup nak tubuh kerajaan kerana dua orang exco kerajaan Negeri dan NYDP Dewan Negeri nya tarik diri terus buat kenyataan "Teman Derhaka pada Sultan". Apa lah manusia ini, nak kata apa aku pun tak tahu.
Dah tu , Allah bagi pula dia menang bertanding di Bukit Gantang, Bila dah menang serupa juga perangai tu. Kalau jadi DUN, lepas tu jadi MB kena cucuk hidung dengan 2 "tonyok" tu. Di Parlimen pun buat perkara yang sama juga. Ikut juga apa yang di cakap oleh 2 "tonyok" tu. Dah tu ikut pula "abah" yang dah jadi pawang.
Baru saja angkat sumpah di hadapan Speaker Parlimen, Datuk Pandika Amin Mulia, dan pakai lilit kepala "Bubar DUN Perak" dan laungkan Bubar kan DUN Perak. MALU ORANG PERAK, MALU KETURUNAN MELAYU, MALU LELAKI MELAYU PERAK, MALU ANAK ORANG MELAYU PERAK. Kenapa lah agaknya orang yang pandai boleh jadi orang bodoh?????
Sebab apa???? nak dendam dengan siapa???? dah tu terus kena gantung 2 hari tak boleh masuk dewan. KESIAN NYA ... BERAPA ORANG ????? RAMAI JUGA TU!!!! Saya hanya dapat menyatakan 'PADAN MUKA!!!!" Macamana nak cakap tolong rakyat, dah kena gantung namanya "BANG.... NGANG"
Pepatah Melayu mengatakan, Janganlah salahkan kelambu sampai dibakar, kerana nyamuk bising kat telinga sampai tak le tidur... fikirkan dulu salah siapa?. Kalau kita tak mahu nyamuk bising masa kita tidur... bersihkan dahulu keliling rumah, jangan simpan sampah sarap... bakar sampah tu atau kalau tak tanam aje sampah tu tentu selamat. Dan sejahtera hidup kita.
Jadi siapa kah yang rugi sebenarnya?. Bukan Penyokong yang rugi tapi diri sendiri yang Malu sebab ramai orang nampak kita sahaja. Saya ingin mengajak semua orang terutama kepada mereka yang menjadi penyokong pemimpin, Sokong lah kepada MEREKA YANG SEBENARNYA PEMIMPIN. Pemimpin yang dapat memberikan kita ketenangan, menjaga kepentingan bangsa kita
SIAPA LAH yang nak menyokong orang macam tu, Aku mungkin TIIIIIDDDDAAAAAAAKK.
Di Perak, kini, hanya ada seorang Menteri Besar sahaja dan Pemimpin Melayu UMNO. Beliau bukan orang lain, Orang Melayu, Mantan Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Sekarang Ketua UMNO Bahagian LUMUT, Mestilah Dato' Seri Dr Zambri bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.
Saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan, para penyokong pembangkang (PAS), pemimpin pembangkang (PAS),marilah bersatulah bersama Pemimpin yang sebenar-benarnya 'MELAYU' kerana Pemimpin yang mempunyai "mutmainnah", mempunyai fikiran untuk bangsa Malaysia. Kita mesti Sokong pemimpin yang sebenarnya mementingkan keselesaan kita.
SOKONG DR ZAMBRI DEMI PERAK YANG BERSERI

No comments:

Post a Comment