Sunday, June 14, 2009

Kesetiaan untuk Negara Melayu sudah hilang kah kini

Cuba Anda Bayangkan!!!
Semalam saya amat berterima kasih kepada semua bloggers Malaysia yang sentiasa ada masa dan membuka mata rakyat Malaysia yang sememangnya kurang jadi pemerhati atau pendengar yang baik.
Isu besar seorang Melayu yang pernah jadi orang Nombor Dua Negara kita ini rupanya adalah wajar di gelar pengkhianat bangsa. Sepatutnya DSAI harus bersyukur bahawa selepas dia di bebaskan oleh Kepimpinan Pak Lah tampa menunggu masa pembebasan sebenarnya yang masih ada berbaki 3 tahun lagi (sukahati aku le nak cakap) dah dibenarkan menghirup nafas kebebasan diluar tembok bisu itu.
Semasa di dalam tembok itu, macam-macam alasan di katakan. Sakit disana sini... kena suntik HIV... tulang patah kena pukul... mata lebam le ... macam macam le yang menyebabkan Melayu jadi kalut.
Sebab itu le Melayu tambah pecah lagi. Baru baru ini, suka sangat nak suruh kerajaan Malaysia ni bagi Bekas Pengkhianat Malaysia dan orang Komunis sendiri (kerana lari ke negara luar bila PKM di haramkan). Adakah patut kalau kita pikio Bekas Pejuang Komunis yang sejak dulu diharamkan pijak kaki di Tanah Melayu ini... di benarkan untuk datang ke Negara kita ini dengan alasan Melawat.
Hiskh... kalau di ikutkan hati Melayu jangan di buka langsung pintu pada mereka. DSAI dilihat sebagai pemimpin Melayu sebelum ini, boleh pulak minta Kerajaan Malaysia bagi laluan Chin Peng tu datang ke Malaysia.
Kita harus melihat perkara ini dengan lebih jelas dan jauh melangkaui masa kerana Ikon komunis jika digabungkan di dalam negara kita ni saya nampak ianya bukan sahaja lawatan biasa tetapi lebih mudah di gunakan kesempatan oleh mereka yang sanggup melihat Melayu di perlekehkan lagi.
Dimanakah martabat Melayu itu, dibumi sendiri???. Apakah ini yang kita mahukan agar kuasa yang ada pada kita hari ini hanya menjadi tulisan di atas kertas usang berbau kusam dan hanya tersimpan sehingga tiba masa menjadi reput.
Aku sebagai anak Melayu yang dilahirkan di dalam negara yang merdeka dan dipimpin oleh Melayu sendiri tidak rela menjadi warga yang duduk diam sahaja.

No comments:

Post a Comment