Tuesday, July 28, 2009

keangkuhan, buta hati dan tidak berkemampuan kawal diri III




Baru baru ini gempar satu Malaysia, berlaku di Malaysia sebenarnya dah banyak kali. Banyak laporan akhbar melaporkan kes kes bunuh diri dari tempat tinggi. Sebenarnya kes sebegini telah lama berlaku. Kes Mat Jenin yang jatuh dari pokok kelapa dan mati juga menjadi dongengan yang diceritakan dari mulut ke mulut sampailah zaman ini.

Kes baru baru ini juga satu kejutan jatuh dari tempat tinggi juga tetapi melibatkan seorang Pembantu Exco Kerajaan Negeri Selangor kerana disiasat berkaitan dengan Rasuah oleh seorang Exco Kerajaan negeri Selangor. Kes ini masih menjadi siasatan oleh Polis Di Raja Malaysia. Lepas ini kerajaan Malaysia telah menubuhkan Satu Suruhajaya Di raja. Oleh itu, Tak perlu lah kita buat pelbagai prasangka dalam kes ini. Kita pun jangan buat ikut kata pembangkang yang sememang telah menjadi adat untuk menutup kebenaran.

Saya amat yakin dengan tindakan Polis Di Raja Malaysia yang mendapat kepercayaan dunia ditempat ke tiga. Biarlah mereka menjalankan tugas mereka dengan semangat mencari kebenaran itu. Jangan kita ganggu mereka. Jika Dunia yang mempunyai lebih jutaan Negara besar dan kecil boleh percaya dengan meletakkan kecekapan Polis DiRaja Malaysia di tempat ketiga boleh diyakini.

Kita tidak mempunyai bukti untuk mengaitkan kes ini dengan kepakaran kita. Sehingga kini saya mendapat tahu pihak Polis DiRaja Malaysia telah pun menahan mereka yang sedang disiasat lebih 30 orang semua. Apa lagi yang hendak dipermainkan lagi politik pembangkang???. Jangan jadi Juara yang menangguk di ayer keruh.

Kalau dulu, saya yakin sekurang-kurangnya dapat juga anak ikan seluang atau ikan lampam kerana sungai kita masih bersih dan tidak tercemar. Sekarang ini kalau salah gaya dapat lah Plastik minuman atau baik sikit dapat juga tin Aluminium yang boleh juga di jual. Boleh juga buat untuk menanggung anak isteri di rumah.

Dalam keadaan ini, ada juga kesempatan orang yang tidak pernah bersyukur seperti Bekas Menteri Besar Perak, DSNJ (tak payah sebut nama) yang turut sama memasang lilin untuk menjadikan dirinya juga orang politik yang menyokong dan bersimpati dengan kes tersebut.

Bagaimanakah seorang ahli Politik pembangkang ini sanggup buat begitu? Adakah dia sudah lupa janji nya sebagai seorang Islam. Yang mengakui bahawa Allah itu tuhan bagi Orang Islam yang beragama Islam. Dimanakah letaknya nilai seorang manusia yang diangkat oleh rakyat yang tidak menilaikan buruk dan baik perbuatan nya. Di manakah asas dirinya?. Wahai orang orang Pas, bangunlah dari mimpi semalam yang membuat anda mengigau disiang hari. Saya akui UMNO hari ini bukan lah UMNO yang ada terdahulu yang saya kenal. Tetapi rentetan nya telah saya lihat dari tahun ke tahun selepas saya mula menjejakkan diri dalam politik sebuah parti.

Jika Pemimpin UMNO hari ini tidak berubah untuk kembali menilai diri dan meletak UMNO sebagai pertubuhan Melayu yang membawa wadah bangsa Melayu yang bermaruah dan bermartabat tinggi di bumi Malaysia ini. Lebih menyedihkan PRU ke 13 kelak hanya 24 bulan lebih kurang akan lebih menampakkan hasil lebih buruk kepada pemerintahan negara.


UMNO Bahagian sepatutnya sudah mula bergerak di semua cawangan dengan memastikan struktur cawangan lebih jitu. Jangan menambahkan lagi kegusaran di hati masyarakat Melayu. Kita mesti bersatu dalam satu rumpun yang membuatkan bangsa lain cuak dan takut melihat kita.

No comments:

Post a Comment