Wednesday, July 15, 2009

keangkuhan, buta hati dan tidak berkemampuan kawal diri II

Hari ini saya terpanggil lagi untuk bersama dengan rakan-rakan Motivator, Fasilitator, atau mentor atau pun bentur atau apa saja la nak di katakan; bagi mengintai pertanggungjawaban kumpulan profesional dalam sebuah Jabatan Kerajaan. Kebanyakan Mereka baru sahaja di lantik ke Jabatan tersebut. Saya di fahamkan bahawa Jabatan tersebut amat memerlukan kumpulan anggota yang sebenar-benarnya adalah mereka yang berwawasan bagi memperkukuhkan kerajaan Melayu yang majmuk dengan bangsa lain, berkeupayaan menjana kekuatan jati diri bangsa Melayu yang setia dengan susunan hiraki pentadbiran bangsa yang sudah lama dipersetujui semasa "Jus Soli" di meterai, berketrampilan untuk terus memimpin bangsa demi Agama, bangsa dan tanahair, mempunyai pendekatan yang amat profesional dan berdaya juang yang tinggi demi bangsa yang bernama Melayu.
Persoalannya, apakah mampu segala cita yang di bina dari asas perjuangan nenek moyang terdahulu dapat kita canaikan generasi masakini untuk terus menyimpan semangat itu dalam perjuangan Alaf ini.
Segala akan terjawab secara lebih terbukti dengan proses dan penetasan ide ide dalam minda yang mencernanya selepas sessi itu. Doa dan harapan kita dapat memperlihatkan pegawai profesional yang amanah dalam tugasnya, bersemangat bangsa yang tulin, berkeupayaan menangkis anasir kejam yang cuba menghancurkan dan mempersembahkan lenggok silat dalam lembut gemalai seni bangsa yang menyergah serta mengecutkan jiwa lain yang cuba menggugat kekentalan ukhwah dan bangsa yang bermartabat ini.
Kita mengharapkan kejayaan itu akan memberikan hasil yang baik dan bermakna, mempunyai nilai yang lebih ampuh serta bermaklumat dan berkemahiran yang menjangkaui masa (Up to dated) juga nilai tambah yang akan menjadi idola atau ikutan kepada generasi yang mengambil tampok yang kita duduk pada masa ini.

Apa pun jua yang penting!!!!!
Kepercayaan dan keyakinan kita kepada pemimpin kita yang se Agama (orang Melayu Islam yakin kepada orang melayu Islam)
Kesetiaan dan menghormati sejujurnya kepada susur galur kerajaan Kita (Raja dan Negara). Jika tidak ada negara di mana kah kita.
Menjaga kehormatan dan akur dengan peraturan yang di susun oleh nenek moyang kita untuk menentukan hak kita sebagai bangsa yang menjadi tuan kepada Negara ini,
Mendaulatkan undang undang kita sendiri.
Memperkukuhkan nilai diri bangsa Melayu.

Kita wajib menghargai nilai yang sudah di akui oleh ketuanan kita. Jadilah Melayu yang bijaksana, memegang tali memegang timba. menikmati hasil bangsa sendiri.

No comments:

Post a Comment