Monday, October 26, 2009

Apa nak jadi dengan Melayu?

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang


Tulisan ku hari ini, banyak perkara yang ingin ku sampaikan dalam lapangan ini. Pelbagai perkara yang harus diperbetulkan sebagai Anak Melayu dalam negeri ini, Perak Darul Ridzuan. Sebagai anak kelahiran Perak sudah tentulah aku amat terpanggil untuk menyahut seruan mempertahankannya jika terusik benak ku.

Selepas Barisan Nasional kembali bertapak di negeri Perak pada penghujung 2008 lalu, Perak tak ubah seperti tepak perak yang bersinar semula, bagaikan bartu bergilap dengan “brasso”. Sinarnya gemilang menembusi mata yang sebelumnya kuyu tidak bermaya. Sembilan bulan yang lalu, ibarat rumah hendak dibina itu, tak siap-siap. Kerana sengketa dikalangan “sidang bodoh”.


Hari ini Kanjeng terasa teruja untuk meluahkan. Sebelum itu, “Wahai anak Melayu Perak, Jangan kamu lupa asal usul kamu. Jangan kamu berlengah menegapkan tiang yang kukuh. Rumah kita mereka nak goyangkan. Pasakkan kukuh perjuangan kita yang di asuh oleh nenek moyang kita untuk mempertahan kan bangsa kita, Melayu… Jangan kita membodohkan diri mengikut perjuangan yang sia sia.


Saya terima dari seorang kawan yang saya temui (tak payah lah saya nak bagi tau namanya), memberikan risalah yang mengajak kita merosakkan keharmonian sidang DUN yang akan berlangsung pada 28 Oktober nanti. Dalam risalah itu, menyatakan dengan jelas bahawa persidangan itu dianjurkan oleh Kerajaan Haram Barisan Nasional.


Saya bertanya pada diri, Kerajaan Perak yang di pimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional pada harti ini, benarkah haram?. Sepanjang pengetahuan saya, Kerajaan ini sah. Bukan Bohongan. Sedangkan untuk mengadakan sidang DUN itu, adalah hak mutlak Sultan Perak yang memerintah negeri. Kuasa Speaker hanya sebagai Pengerusi Sidang dan menentukan perjalanan sidang yang benar-benar memberikan kesejahteraan rakyat dalam Negeri. Kuasa Speaker atau Pengerusi Sidang hanya setakat itu sahaja. Perlaksanaan yang di putuskan dilaksanakan oleh Jabatan dalam negeri dan dengan bantuan Agensi dan Jabatan Persekutuan Malaysia.


Risalah ini sudah jadi surat “Gila” yang harus kita buang atau musnahkan. Allah telah meletakkan manusia untuk memakmurkan bumi ini. Risalah itu jelas bermaksud jahat dan busuk. Tambahan lagi Logo diatasnya hanya dari dua Parti Pembangkang yang mempunyai niat yang busuk. Satu parti orang Melayu yang dikatakan berlandaskan Islam manakala satu lagi parti orang Kafir yang selamanya menolak Islam dan tidak akan berketuakan orang Islam.


Sedarlah wahai mereka yang telah menerima risalah ini. Jangan kita ikut mereka yang cuba menghancurkan. Ikut lah jalan yang benar. Jika anda melaksanakan perjuangan mereka anda adalah penghancur Ummah. Orang yang menghancurkan kemakmuran yang dikecapi hari ini adalah orang yang tidak bersyukur.


Mereka kata pihak atasan PR telah bersetuju sebulat suara untuk menjayakan hasrat busuk mereka itu pada 28 haribulan Oktober ini. Sedangkan baru tadi saya mendengar berita TV dan telah menyatakan bahawa PAS sudah mula berkocak dan tidak mempercayai antara satu sama Datuk Nik Aziz nak buat sidang tergempar nak adili Hadi, Nasharuddin, Mustafa Ali, dan Hassan Ali.


Wahai Nizar dan orang PAS lihat lah dahulu tepi kain mu yang bercalit dengan taik. Jangan rosakkan perpaduan dan orang Melayu. Usahkan nak berkata nak bersembahyang pun tak boleh pakai kain tu... sebabnya bernajis.


Orang melayu yang ku kasihi, marilah kita tentang semua yang salah itu. Jangan ikut hati nanti mati. Fikirlah dengan akal yang bijaksana. Kembali lah kita bertaut. Fikirkan lah nasib bangsa kita yang di perlekehkan. Kita mesti bersatu.

2 comments:

  1. Terima kasih
    bagaimana anda menjadikan usaha murni itu sebagai satu cara kita menunjukkan bahawa kita sayang kan negeri kita.
    Apa yang penting kita dapat menikmati demokrasi yang wujud dalam kemakmuran

    ReplyDelete