Sunday, December 20, 2009
sedarlah wahai wakil rakyat
Bersyukurlah kepada Allah kerana hanya kamu telah Allah letakkan dipersada sebagai mewakili rakyat. berterima kasih lah kepada mereka yang suatu ketika dahulu memberikan satu undinya kepada kamu. Kamu sudah diletakkan di situ dengan satu kepentingan rakyat kamu sendiri.
Maka berusahalah kamu untuk mereka dan parti yang memberikan kamu kepada kesempatan ini. Jangan ingat kamu untuk kepentingan kamu sendiri. Dahulukan kepada yang wajar kamu utamakan.
Kejadian baru baru ini, di Parlimen Malaysia ketika pembentangan peruntukan perbelanjaan Perbekalan. Tak cukup corrum nak sokong. jadi siapa yang sebenarnya nak disalahkan. Salahkan diri dahulu sebelum kamu tunjukkan kesalahan itu kepada orang lain.
Di mana kejujuran kamu. Dimana kesetiaan kamu? Dimana keikhlasan kamu?
Ingatlah kamu wahai YB kami sayang pada mu jujurlah pada diri kamu...
Monday, October 26, 2009
Apa nak jadi dengan Melayu?
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
Tulisan ku hari ini, banyak perkara yang ingin ku sampaikan dalam lapangan ini. Pelbagai perkara yang harus diperbetulkan sebagai Anak Melayu dalam negeri ini, Perak Darul Ridzuan. Sebagai anak kelahiran Perak sudah tentulah aku amat terpanggil untuk menyahut seruan mempertahankannya jika terusik benak ku.
Selepas Barisan Nasional kembali bertapak di negeri Perak pada penghujung 2008 lalu, Perak tak ubah seperti tepak perak yang bersinar semula, bagaikan bartu bergilap dengan “brasso”. Sinarnya gemilang menembusi mata yang sebelumnya kuyu tidak bermaya. Sembilan bulan yang lalu, ibarat rumah hendak dibina itu, tak siap-siap. Kerana sengketa dikalangan “sidang bodoh”.
Hari ini Kanjeng terasa teruja untuk meluahkan. Sebelum itu, “Wahai anak Melayu Perak, Jangan kamu lupa asal usul kamu. Jangan kamu berlengah menegapkan tiang yang kukuh. Rumah kita mereka nak goyangkan. Pasakkan kukuh perjuangan kita yang di asuh oleh nenek moyang kita untuk mempertahan
Saya terima dari seorang kawan yang saya temui (tak payah lah saya nak bagi tau namanya), memberikan risalah yang mengajak kita merosakkan keharmonian sidang DUN yang akan berlangsung pada 28 Oktober nanti. Dalam risalah itu, menyatakan dengan jelas bahawa persidangan itu dianjurkan oleh Kerajaan Haram Barisan Nasional.
Saya bertanya pada diri, Kerajaan Perak yang di pimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional pada harti ini, benarkah haram?. Sepanjang pengetahuan saya, Kerajaan ini sah. Bukan Bohongan. Sedangkan untuk mengadakan sidang DUN itu, adalah hak mutlak Sultan Perak yang memerintah negeri. Kuasa Speaker hanya sebagai Pengerusi Sidang dan menentukan perjalanan sidang yang benar-benar memberikan kesejahteraan rakyat dalam Negeri. Kuasa Speaker atau Pengerusi Sidang hanya setakat itu sahaja. Perlaksanaan yang di putuskan dilaksanakan oleh Jabatan dalam negeri dan dengan bantuan Agensi dan Jabatan Persekutuan
Risalah ini sudah jadi
Sedarlah wahai mereka yang telah menerima risalah ini. Jangan kita ikut mereka yang
Mereka kata pihak atasan PR telah bersetuju sebulat suara untuk menjayakan hasrat busuk mereka itu pada 28 haribulan Oktober ini. Sedangkan baru tadi saya mendengar berita TV dan telah menyatakan bahawa PAS sudah mula berkocak dan tidak mempercayai antara satu sama Datuk Nik Aziz nak buat sidang tergempar nak adili Hadi, Nasharuddin, Mustafa Ali, dan Hassan Ali.
Wahai Nizar dan orang PAS lihat lah dahulu tepi kain mu yang bercalit dengan taik. Jangan rosakkan perpaduan dan orang Melayu. Usahkan nak berkata nak bersembahyang pun tak boleh pakai kain tu... sebabnya bernajis.
Orang melayu yang ku kasihi, marilah kita tentang semua yang salah itu. Jangan ikut hati nanti mati. Fikirlah dengan akal yang bijaksana. Kembali lah kita bertaut. Fikirkan lah nasib bangsa kita yang di perlekehkan. Kita mesti bersatu.
Friday, October 23, 2009
RANCANGAN PENDERHAKA BANGSA DAN AGAMA

Seperti kebetulan atau perancangan senyap bila sebelum ini ramai blog-blog sebelum ini ada mengatakan si Nuar ke Amerika mencari dana dan sekembalinya tetiba Konvoi Penderhaka Bangsa rancangan niza terus diadakan, bayangkan berapa puluhan atau mungkin ratusan ribu ringgit mampu diadakan walaupun rakyat semua maklum tetapi menjadi tanda tanya memikirkan dari mana datangnya dana sedangkan sebelas bulan PR memerintah diketuai PAS lansung tidak ada satu pun Sekolah Thafiz yang dibantu oleh walaupun KONONNYA ISLAM YANG DIPERJUANGKAN, jauh sekali kalau nak dikira seperti Kelantan yang mengharamkan kedai Judi atau Nombor Ekor di sini makin bertambah jadinya. Itu belum pelbagai janji termasuk membantu pelajar atau mahasiswa yang sehingga kini dongeng niza sudahpun dilupakan rakyat yang bosan dengan ‘Cakap Tak Serupa Bikin nya’. Berbeza kerajaan Negeri Perak sekarang dibawah pimpinan Dr Zambry, walaupun dalam tempoh lapan bulan sebanyak 9.5juta telahpun disalurkan untuk Derma Siswa tanpa mengira sebarang parti kepada anak Rakyat Perak yang berhak dibantu.
Delima dana semakin terjawab bila khabarnya KONVOI PENDERHAKA BANGSA yang bermula seawal 8pagi di Stadium Perak akan menuju dan berhimpun semula di DEWAN TOKONG HOCK KEONG di Lumut sebelum ke Pangkor. Yang Peliknya kenapa di tokong kenapa tak di masjid… atau terpaksa mengikut penaja yang kita tahu kubu kuat NgaNgeh. Mungkin disana akan di Brainwash oleh ustad ngangeh kot… isk…isk…isk… surah apa pulak yang akan dibacakan ustad Kafir Harbi yang telah ditauliahkan Niza dan PAS sebagai taraf Ularmak. Dalam senarai jemputan tertera Shamsul iskandar MD Akin (pkr), Nasarudin Hassan Tantawi (PAS) dan Loke Siew Fook (DAP). Betul ker Rakyat berbilang Bangsa berkonvoi nya?
Petikan http://sekupangduas.blogspot.com/
KOMEN PENULIS :
Kita mungkin merasa teruja dengan ketokohan orang seperti itu. Tetapi percayalah seketika ini ianya tambah meluat dihati ini. Ibarat setinggi ilmu yang diberikan melaksanakannya ke arah yang memburukkan perpaduan bangsa kita. Melayu sebenarnya menjaga Melayu. Bukannya Melayu yang bersengkongkol dengan bangsa lain untuk meruntuhkan rumah bangsanya yang telah dibina.
Meruntuhkan apa yang kita ada, ianya adalah perbuatan haram kerana ianya tergolong dengan golongan yang membazir. Siapa kah yang mereka yang suka membazir? Mereka adalah golongan ekstremis yang sebenarnya bersengkongkol dengan Syaitan.
"Mereka yang membazir adalah sahabat Syaitan" Maksud Hadith
Wednesday, September 2, 2009
Miskin di hati mudharah perbuatan

Tuesday, July 28, 2009
keangkuhan, buta hati dan tidak berkemampuan kawal diri III


Kes baru baru ini juga satu kejutan jatuh dari tempat tinggi juga tetapi melibatkan seorang Pembantu Exco Kerajaan Negeri Selangor kerana disiasat berkaitan dengan Rasuah oleh seorang Exco Kerajaan negeri Selangor. Kes ini masih menjadi siasatan oleh Polis Di Raja Malaysia. Lepas ini kerajaan Malaysia telah menubuhkan Satu Suruhajaya Di raja. Oleh itu, Tak perlu lah kita buat pelbagai prasangka dalam kes ini. Kita pun jangan buat ikut kata pembangkang yang sememang telah menjadi adat untuk menutup kebenaran.
Saya amat yakin dengan tindakan Polis Di Raja Malaysia yang mendapat kepercayaan dunia ditempat ke tiga. Biarlah mereka menjalankan tugas mereka dengan semangat mencari kebenaran itu. Jangan kita ganggu mereka. Jika Dunia yang mempunyai lebih jutaan Negara besar dan kecil boleh percaya dengan meletakkan kecekapan Polis DiRaja Malaysia di tempat ketiga boleh diyakini.
Kita tidak mempunyai bukti untuk mengaitkan kes ini dengan kepakaran kita. Sehingga kini saya mendapat tahu pihak Polis DiRaja Malaysia telah pun menahan mereka yang sedang disiasat lebih 30 orang semua. Apa lagi yang hendak dipermainkan lagi politik pembangkang???. Jangan jadi Juara yang menangguk di ayer keruh.
Kalau dulu, saya yakin sekurang-kurangnya dapat juga anak ikan seluang atau ikan lampam kerana sungai kita masih bersih dan tidak tercemar. Sekarang ini kalau salah gaya dapat lah Plastik minuman atau baik sikit dapat juga tin Aluminium yang boleh juga di jual. Boleh juga buat untuk menanggung anak isteri di rumah.
Dalam keadaan ini, ada juga kesempatan orang yang tidak pernah bersyukur seperti Bekas Menteri Besar Perak, DSNJ (tak payah sebut nama) yang turut sama memasang lilin untuk menjadikan dirinya juga orang politik yang menyokong dan bersimpati dengan kes tersebut.
Bagaimanakah seorang ahli Politik pembangkang ini sanggup buat begitu? Adakah dia sudah lupa janji nya sebagai seorang Islam. Yang mengakui bahawa Allah itu tuhan bagi Orang Islam yang beragama Islam. Dimanakah letaknya nilai seorang manusia yang diangkat oleh rakyat yang tidak menilaikan buruk dan baik perbuatan nya. Di manakah asas dirinya?. Wahai orang orang Pas, bangunlah dari mimpi semalam yang membuat anda mengigau disiang hari. Saya akui UMNO hari ini bukan lah UMNO yang ada terdahulu yang saya kenal. Tetapi rentetan nya telah saya lihat dari tahun ke tahun selepas saya mula menjejakkan diri dalam politik sebuah parti.
Jika Pemimpin UMNO hari ini tidak berubah untuk kembali menilai diri dan meletak UMNO sebagai pertubuhan Melayu yang membawa wadah bangsa Melayu yang bermaruah dan bermartabat tinggi di bumi Malaysia ini. Lebih menyedihkan PRU ke 13 kelak hanya 24 bulan lebih kurang akan lebih menampakkan hasil lebih buruk kepada pemerintahan negara.
Wednesday, July 15, 2009
keangkuhan, buta hati dan tidak berkemampuan kawal diri II
Persoalannya, apakah mampu segala cita yang di bina dari asas perjuangan nenek moyang terdahulu dapat kita canaikan generasi masakini untuk terus menyimpan semangat itu dalam perjuangan Alaf ini.
Segala akan terjawab secara lebih terbukti dengan proses dan penetasan ide ide dalam minda yang mencernanya selepas sessi itu. Doa dan harapan kita dapat memperlihatkan pegawai profesional yang amanah dalam tugasnya, bersemangat bangsa yang tulin, berkeupayaan menangkis anasir kejam yang cuba menghancurkan dan mempersembahkan lenggok silat dalam lembut gemalai seni bangsa yang menyergah serta mengecutkan jiwa lain yang cuba menggugat kekentalan ukhwah dan bangsa yang bermartabat ini.
Kita mengharapkan kejayaan itu akan memberikan hasil yang baik dan bermakna, mempunyai nilai yang lebih ampuh serta bermaklumat dan berkemahiran yang menjangkaui masa (Up to dated) juga nilai tambah yang akan menjadi idola atau ikutan kepada generasi yang mengambil tampok yang kita duduk pada masa ini.
Apa pun jua yang penting!!!!!
Kepercayaan dan keyakinan kita kepada pemimpin kita yang se Agama (orang Melayu Islam yakin kepada orang melayu Islam)
Kesetiaan dan menghormati sejujurnya kepada susur galur kerajaan Kita (Raja dan Negara). Jika tidak ada negara di mana kah kita.
Menjaga kehormatan dan akur dengan peraturan yang di susun oleh nenek moyang kita untuk menentukan hak kita sebagai bangsa yang menjadi tuan kepada Negara ini,
Mendaulatkan undang undang kita sendiri.
Memperkukuhkan nilai diri bangsa Melayu.
Kita wajib menghargai nilai yang sudah di akui oleh ketuanan kita. Jadilah Melayu yang bijaksana, memegang tali memegang timba. menikmati hasil bangsa sendiri.
Thursday, July 2, 2009
keangkuhan, buta hati dan tidak berkemampuan kawal diri

Sunday, June 21, 2009
Orang Melayu: Kita yang bersengketa siapa pula yang untung?
Sunday, June 14, 2009
Kesetiaan untuk Negara Melayu sudah hilang kah kini
Semalam saya amat berterima kasih kepada semua bloggers Malaysia yang sentiasa ada masa dan membuka mata rakyat Malaysia yang sememangnya kurang jadi pemerhati atau pendengar yang baik.
Isu besar seorang Melayu yang pernah jadi orang Nombor Dua Negara kita ini rupanya adalah wajar di gelar pengkhianat bangsa. Sepatutnya DSAI harus bersyukur bahawa selepas dia di bebaskan oleh Kepimpinan Pak Lah tampa menunggu masa pembebasan sebenarnya yang masih ada berbaki 3 tahun lagi (sukahati aku le nak cakap) dah dibenarkan menghirup nafas kebebasan diluar tembok bisu itu.
Semasa di dalam tembok itu, macam-macam alasan di katakan. Sakit disana sini... kena suntik HIV... tulang patah kena pukul... mata lebam le ... macam macam le yang menyebabkan Melayu jadi kalut.
Sebab itu le Melayu tambah pecah lagi. Baru baru ini, suka sangat nak suruh kerajaan Malaysia ni bagi Bekas Pengkhianat Malaysia dan orang Komunis sendiri (kerana lari ke negara luar bila PKM di haramkan). Adakah patut kalau kita pikio Bekas Pejuang Komunis yang sejak dulu diharamkan pijak kaki di Tanah Melayu ini... di benarkan untuk datang ke Negara kita ini dengan alasan Melawat.
Hiskh... kalau di ikutkan hati Melayu jangan di buka langsung pintu pada mereka. DSAI dilihat sebagai pemimpin Melayu sebelum ini, boleh pulak minta Kerajaan Malaysia bagi laluan Chin Peng tu datang ke Malaysia.
Kita harus melihat perkara ini dengan lebih jelas dan jauh melangkaui masa kerana Ikon komunis jika digabungkan di dalam negara kita ni saya nampak ianya bukan sahaja lawatan biasa tetapi lebih mudah di gunakan kesempatan oleh mereka yang sanggup melihat Melayu di perlekehkan lagi.
Dimanakah martabat Melayu itu, dibumi sendiri???. Apakah ini yang kita mahukan agar kuasa yang ada pada kita hari ini hanya menjadi tulisan di atas kertas usang berbau kusam dan hanya tersimpan sehingga tiba masa menjadi reput.
Aku sebagai anak Melayu yang dilahirkan di dalam negara yang merdeka dan dipimpin oleh Melayu sendiri tidak rela menjadi warga yang duduk diam sahaja.
Monday, June 1, 2009
Di sini bermula segalanya...
